Thursday, June 30, 2011

tahajud cinta

well hello , new entry . entry kali nie about drama bersiri yang agak best . tajuk nya :  TAHAJUD CINTA .


Selepas Kitab Cinta, Tahajjud Cinta, sebuah lagi drama wajib tonton yang bakal membuatkan anda mengalirkan air mata dengan perjuangan mereka mengenai isu-isu agama. Drama yang diarahkan oleh pengarah terkenal, Erma Fatima bakal ke udara pada 8 Julai 2011, setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam, di TV3.
Ada cerita panas mengenai kedua-dua artis ini. Menurut Gua Malaysia, terdapatnya khabar angin kononnya kedua-dua selebriti ini bergaduh gara-gara VVIP. Namun, khabar angin tersebut telah disangkalkan oleh Neelofa.
“Saya tak boleh nak bagi penjelasan banyak tentang isu ini. Saya tidak ada masalah dengan Fazura atau sesiapapun. Orang hanya mengada-adakan cerita tersebut kerana perkara itu tak jadi pun.
“Kami ada bertemu di set beberapa kali, namun kami tidak ada babak yang sama. Kami berdua hanya buat hal masing-masing. Memang tak ada pergaduhan berlaku dan memang tidak jadi langsung benda itu. Sudah tentu saya tidak akan biarkan perkara tersebut berlaku dan saya pasti Fazura juga begitu. Bagi saya, dia seorang yang profesional,” jelas Neelofa.


Selebriti popular seperti Fazura & Fauziah Gous tampil bertudung litup ketika sesi beramah mesra bersama pelakon Tahajjud Cinta yang berlangsung di Sri Pentas, semalam. Sejuk mata kami memandang keayuan kedua-dua pelakon ini, bagaikan gadis melayu terakhir.
Tahajjud Cinta mengisahkan pengorbanan dua orang wanita, Citra Maisara (Fazura) dan Seri (Fouziah Gous) dalam memperjuangkan kebenaran, hak asasi dan reputasi kaum hawa. Berasal dari dua latar belakang yang berbeza, Citra merupakan anak perempuan kepada pasangan suami isteri yang merupakan peneraju sebuah syarikat gergasi.
Selama 5 tahun belajar di luar negara, ibu bapa Citra sama sekali tidak mengetahui bahawa anaknya yang dihantar ke London untuk mengikuti kursus Perundangan Sivil telah berhijrah secara rahsia ke Jordan untuk mendalami jurusan Perundangan Syariah. Di situ, Citra bertemu semula dengan kawan karibnya, Seri yang berkongsi cita-cita yang sama.

take it from ohbulan


there is TRAILER 



&&& SOME PHOTO 


Fazura & Neelofa Bertudung





THATS ALL , BYEEEEEEEEE ;)

No comments:

Post a Comment