Sunday, June 12, 2011

cerita

hye , new entry .


hari ini saya nak cerita tentang haiwan or di kenali sebagai binatang . untuk pengetahuan korang dlya suka sangat dengan haiwan , samapa ada hari tu dlyla jak dorg pergi ZOO NEGARA  , dorang taknak !! .
nak tahu apa yang dorang cakap ?




mimi says : google kan boleh ??
aimi says : membazir kan ? cuba buat makan ke ape ke ?
izzat says : nanti dapat ptptn kte pegi okay ? * tpi x pergi-pergi sampai skang .
mya says : okayokay . nanty kta pi * TIPU !!!
taqi says : bila habaq ja .. lagi lahh .




semua tipu jahh . dlyla x percaya dah . lepas tu dala hati ini timbul keazaman nak pergi sendiri . lepas tu ape lagi ,saya tnya MR.GOOGLE . dea ckp :




ONE
U23 or Metro #16 from Capital Square (Jln Munshi Abdullah) to Zoo Negara
U20 also can but need to walk 10minutes

TWO
Take putra lrt stop at Wangsa Maju, then take cab to zoo.

THREE
U34 or T305 from Wangsa Maju LRT to Zoo Negara.
U20 also can but need to walk 10minutes









tu lah care nye . tape saya akan usahakan nya . walaopon kedengaran agak susah . humm . nak tahu ape yang menarik nya dengan zoo negara ?




Hampir 5000 ekor haiwan dari lebih 4oo spesis mamalia, reptilia, amfibia, burung dan ikan menghuni Zoo Negara yang terletak di Ulu Klang, timur laut Kuala Lumpur sehingga menjadikan taman haiwan itu antara zoo paling menarik untuk dilawati di Asia Tenggara.




















Zoo Negara adalah zoo pertama yang dibina di Malaysia dan mula dibuka pada tahun 1963. Selain mempamerkan haiwan-haiwan, pembinaan Zoo Negara juga bertujuan untuk menjadi tempat konservasi, pendidikan, kajian dan rekreasi. Zoo Negara kini menonjolkan konsep terbuka dengan 90% haiwan ditempatkan di kandang terbuka yang luas dengan hiasan laman yang bersesuaian dengan persekitaran asalnya.

Kedatangan kembali kami untuk sekian lama, diterjah dengan perasaan terkejut. Kami menyangka sebelum ini tiket masuk tidak melebihi RM10, tetapi rupa-rupanya berharga dua kali ganda. Namun bila memikirkan tentang kos-kos yang mungkin terpaksa ditanggung pihak zoo, kami terima sahaja dengan hati terbuka. Dan kami lupa, kami bukan lagi kanak-kanak macam pertama kali datang dulu.

















Ternyata bayaran tiket yang dikenakan berbaloi kerana pelbagai kemudahan disediakan untuk para pengunjung. Susun atur taman-taman haiwan dan infrastruktur juga memudahkan pengunjung-pengunjung untuk merancang penjelajahan mereka di Zoo Negara. Ada juga restoran makanan segera dan gerai-gerai menjual makanan dan minuman disediakan, tetapi harganya lebih mahal. Cara yang terbaik adalah membawa bekalan makanan dan minuman sendiri dari luar.

Antara tarikan yang terdapat di Zoo Negara:

  • Akuarium Tunku Abdul Rahman adalah akuarium air tawar yang menempatkan kebanyakan spesis ikan air tawar yang terdapat di Malaysia.
  • Pelbagai pertunjukan binatang setiap hari termasuk dari burung kakak tua dan singa laut yang bermula dari 11 pagi hingga 3 petang.
  • Perkhidmatan keretapi dan pemandu pelancong percuma pada hujung minggu, hari biasa kena bayar.
  • Taman Amfibia menempatkan pelbagai spesis katak dan kodok terutama yang terdapat di Malaysia.
  • Muzium mini lebah mempamerkan pelbagai spesis lebah dari seluruh dunia. Anda juga berpeluang menikmati madu asli di gerai-gerai yang terdapat di sini.
  • Peluang bergambar bersama burung kakak tua untuk dibawa pulang sebagai cenderamata kenang-kenangan di sudut foto taman burung yang hanya dibuka pada hujung minggu.
  • Savannah Walk adalah kawasan berkonsepkan kandang terbuka terbesar di sini yang menempatkan antaranya zirafah, kuda belang, burung unta dan badak putih.
  • Zoo serangga antara tarikan terkini yang terdapat di zoo negara yang mempamerkan lebih dari 200 spesis serangga.
  • Terdapat seeokor orang utan yang sangat besar dan kelihatan begitu tua yang ditempatkan sebuah kandang berkaca di Ape Centre. Sekali pandang kelihatan seperti nenek kebayan!

  • Terdapat 3 ekor gajah tempatan; Siti (24 tahun), Sibol (23 tahun) dan Triang (21 tahun) yang dibawa masuk ke sini sejak mereka kecil lagi.

Harga tiket:

  • Warganegara : Dewasa, RM20 & kanak-kanak (3-12 tahun), RM6.
  • Bukan warganegara : Dewasa, RM30 & kanak-kanak (3-12 tahun), RM15.
  • Warga emas : RM6 (warganegara sahaja)



menarik kan ? so , sapa yang nak pergi roger-roger lah dlyla yek ? 

byeeee.


No comments:

Post a Comment