Thursday, June 30, 2011

mari bercerita

TODAY is thursday , hye new entry from dlyla . now ade dekat dalam bilik abah . tgh menaip pc yg x lama lgi akan masuk muzium . btw im hugry .da afternoon kan nasi tak masak lagi . kakak indon tu cakap sabar !! . okay dlyla tgh sabar lah nie .

Hari ini hari kames yang mana biasa ada pasar malam di bayan baru . Tetapi kedengaran pula guruh dilangit, menandakan hujan bakal turun. Nampak gayanya mungkin kuranglah pelanggan yang pergi ke pasar malam nanti. Maka akan berkuranglah juga rezeki malam ini. Inilah yang dikatakan pasang surut dalam perniagaan pasar malam. Kalau hujan reda, legalah mereka.



Bila hujan, para nelayan juga khuatir untuk turun ke laut. Takut juga jika berlaku sesuatu yang tidak diingini semasa di laut nanti dalam keadaan hujan dan angin yang tidak menentu.


Tidak kurang juga ramai para ibu yang kelihatan risau bila hujan. Biasanya jika hujan yang berterusan dari hari ke hari, maka banyaklah kain baju yang dibasuh tidak kering. Bersidaianlah di dalam rumah umpama kedai dobi.


Risau juga jika banjir kilat akan melanda bagi penghuni kotaraya Kuala Lumpur.


Apakah hujan itu tandanya musibah? Hujan lebat dan berterusan berhari-hari mungkinlah merisaukan. Tapi kalau sekejap-sekajap saja apalah sangat nak dikisahkan. Ramai yang bersyukur di wall facebook bila hujan turun setelah berhari-hari bumi kepanasan.



Cuaca sering berubah-ubah sekejap hujan, sekejap panas dan adakalanya teduh. Begitu juga dengan kesihatan dan kehidupan kita. Bila aku susah atau sakit, mulut sering mengeluh. Terlupa bersyukur dikala senang mahupun sihat.


dah tak tahu nak tulis ape , byebye je la .



No comments:

Post a Comment